Khasiat yang terkandung di dalam buah mangga adalah:
1. Mencegah kanser
Khasiat buah mangga yang pertama adalah buah ini mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas punca terjadinya beberapa jenis kanser. Antaranya kanser usus, prostat, leukimia, dan payudara.
2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah mangga sememangnya terkenal dengan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat,maka secara tidak langsung, ia mampu mencegah dari penyakit obesiti.
3. Menyihatkan Mata
Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.
4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan....
#jmsjb